setelah hampir genap setahun kini aku kembali mencoret mengikut acuan jari jemari... hahaha..lawak2.. kanyo pun best jugak kan... pada yg paham, paham je lah.. cewah ayat mcm mengikut panduan DBP plak...
kembali tergerak setelah mengetahui kakitangan kerajaan kelas bawahan atau pun gred bawahan tidak diberikan insentif atau di kenali wang ehsan atau lebih molek dgn 'bonus'.... mungkin pada yg menerima bonus atau insentif ini tidak terdetik hati nyer berase gundah gulana, manakan tidak gaji hakiki saja dah melebihi gaji aku beberapa bulan... di tambah lagi dgn 'bonus'... wah bole buat down payment viva 1.0 lagi...
ketidak adilan inilah yg berlaku dalam kehidupan manusia kini, yg kaya bertambah kaya, yg senang bertambah senang manakala yg susah makin papa kedana... bkn malas nak berusaha tapi itu lah hakikat yg terjadi untuk mase sekarang ni... mungkin setengah org berfikiran setiap yg berlaku ada hikmah nyer... tapi rambut same hitam hati lain2 dan setiap manusia mempunyai pandangan yg berbeza mengenai perkara yg berlaku, kita boleh mengutarakan pendapat tapi tak semestinyer pendapat kita btol, hanya yg MAHA ESA tahu hikmah dan jalan setiap makhluk ciptaan NYA....
kita sentiasa berangan malah aku sendiri pun kuat berangan, berangan benda atau pun perkara yg kita sendiri pun belum pasti boleh mengecapi nyer atau tidak... berbalik kepada pembentangan budget tadi... ada rase sedikit ketidakpuasan hati dgn apa yg di cadang kan untuk kakitanagn awam di peringkat bawahan, sedang kan golongan bawahan lah yg byak membantu sesuatu organisasi, tanpa golongan bawahan sesuatu pencapaian untuk sesebuah organisasi di setiap akhir tahun tidak mungkin akan tercapai...
ada yg mengeluh, ada yg marah malah ada yg mengatakan budget kali ni tidak mesra rakyat, tidak seperti apa yg di war war kan sebagai '1 malaysia'..... mungkin aku salah seorg golongan bawahan yg bekerja mengikut perintah bos jadi pasti nyer tidak adil aku kata kan untuk budget kali ni... mcm mana lah kes along nak abis, klu sikap kerajaan masih lagi mementingkan kroni...
dalam dunia serba canggih sekarang, masih ada lagi keluarga miskin yg hanya mkn 'siput babi'.... aku pun tak sanggup nak mkn... mmmm... ntah lah.. pandapat org bawahan ni sentiasa di anak tirikan... diambil sebagai cadangan tetapi untuk mereliasasikan amat2 kureng sekali... maka btol lah pendapat org dulu, kita klu takde ilmu akan di pandang rendah dan pendapat kita sering di anggap hanya cadangan sahaja... tetapi kita tidak harus lupa.. tiap insan yg sudah mati same sahaja disisi ALLAH, yg membezakan hanyalah amalan yg di bawa... jadi terfikirkah kita bahawa ALLAH itu sgt adil kepada makhluk nyer... jgn kita berasa terkilan atau hampa jika kita tak dapat apa yg kita harapkan.. anggap lah ia hanyalah ketentuan dari Illahi...
rezeki itu datang dari yg maha kaya dan maha pemberi rezeki, ALLAH lah segala galanyer... manusia tak pernah lari dari kesilapan... kerana itulah sifat manusia sentiasa perlu ingat mengingat antara satu dgn yg lain...
dah byk jugak aku menulis... rase lega... tak dapat bonus.... hua...hua...
dan kerana itulah kini aku kembali lagi....
salam.....
melati....