Friday, August 29, 2008

Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Merdeka pada tarikh berikut:
HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA 2008T
Tarikh :- Sabtu, 30 Ogos, 2008Masa :- 3:00 PetangTempat:- Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru K.Lumpur (lokasi "Black 14")Tetamu:-YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - MP Permatang PauhDatuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KeADILanYB Zuraida Kamaruddin - MP Ampang/Ketua Wanita KeADILan PusatYB Saifuddin Nasution IsmailDatin Paduka Dr Tan Yee KewPada majlis tersebut, Wanita KeADILan akan menganugerahkan DSWA "Tokoh Serikandi Rakyat" di atas sumbangan beliau di dalam parti dan juga pada rakyat.Turut diraikan dalam majlis tersebut, Ketua Pembangkang baru, DSAI di atas kemenangan dan lantikan beliau ke dalam Parlimen
Turut diundang semua ahli PAKATAN RAKYATTidak lupa juga pada SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Kemerdekaan ini milik semua.SEMUA DIJEMPUT HADIR. BAWA SELURUH KELUARGA-Sila Sebarkan

Thursday, August 28, 2008

TAHNIAH DSAI

Panas iklim Permatang Pauh dah menurun. Hasil manis kejayaan DS Anwar Ibrahim mewarnai seputar kawasan asal beliau. PR Kecil P44 Permatang Pauh berlangsung sudah walaupun dilaporkan terjadi berbagai 'kisah tidak diingini' oleh orang2 BN/Umno yang sangat baik dan jujur itu.Bermula pemimpin2nya, pemuda2nya, putera2nya, puteri2nya dan para penyokongnya banyak menghabiskan tenaga, suara dan jutaan RM hingga lahir berbagai cereka tuduhan; namun para pengundi telah memilih dan dapat menilai hari ini 26 Ogos 2008, hari malang bagi BN/Umno.Sehari sebelum penamaan calon, budak Sayfool 23 tahun membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan KL ingin meyakinkan yang duburnya diliwat sekali dengan paksaan oleh DSAI seorang warga emas. Dia sebelum ini mengatakan diliwat 7-8 kali. Kali ini bersumpah dengan menyebut nama Allah 3X (sekali wata'alahi) sambil memegang kita suci di tangann kiri, hanya diliwat sekali saja; hal2 lain akan dibagitau di mahkamah. Keadaan ini kata orang didalangi oleh puak tertentu bagi menguatkan laporan polis si Sayfool tu. Keadaan ini juga 'konon' boleh memucatkan DSAI dan pengundi2 Permatang pauh.Bencana onaran BN/Umno merebak lagi dengan hanya kata2 cadangan TS Khalid MB Selangor agar UITM diberi peluang 10 peratus kepada pelajar2 bukan Melayu. Geger media perdana TV dan surat2 kabar milik kuncu2 mereka. Digunakan isu TS Khalid-UITM ini bekalan baik baik BN untuk isukan di PRKecil Permatang Pauh.Keadaan bertambah geger bila beberapa orang EXCO Perak dari PKR telah ditahan-siasat BPR kerana kes 'rasuah'. Bagi MB Perak dan EXco2 berkenaan menganggap itu satu lagi rencana jahat untuk merosakkan Kerajaan Negeri Perak dan sudah tentu menjadi isu panas menjelang PRKecil Permatang Pauh.Namun kewujudan sdr Roslang Porigi di atas pentas PKR benar2 mengejutberukkan pihak Datuk Aris Shah, pemimpin2 BN dan kuncu2 yang sewaktu dengannya. Isu si Sayfool bersumpah laknat tenggelam di bumi permatang. DS TPM juga ikut bersumpah menafikan tidak terlibat dengan pembunuhan malah tidak mengenali wanita Mongolia yang kena letup di rimba Malaysia itu. Mantan MB Perak DS Tajol Rosli juga ikut bersumpah tidak sikitpun berniat/ terlibat dengan penahanan beberapa orang EXco Perak oleh BPR. In the name of God ( sambil senyum), wallahi, wabillahi, watallahi katanya dia tidak terlibat langsung. Bulan kemerdekaan ini masing2 nak merdeka, mempertahankan dan melepaskan diri dengan sumpah2.Kisah wartawan dikasari orang2 PKR, kekacauan dilakukan orang2 PKR, ugutan dari orang PKR, bom palsu jam 11 malam di pondok Puteri Umno pun gara2 buatan orang PKR, merosakkan poster BN juga buatan orang2 PKR, menghalang orang keluar mengundi pun orang2 PKR tah apa2 lagi keberanian dan kejahatan penyokong2 DSAI orang PKR diberitakan melalui TV dan akbar2 milik BN/Umno. DS Najib mengatakan inilah suasana kempen yang paling ganas di dalam sejarah pilihanraya Malaysia, dilaporkan berlaku 71 jenis kekasaran mengikut diari pihak polis.Berani2 dan jahat2 bebenor orang PKR/pembangkang ni. Baik2, jujur2 dan ikhlas2 bebenor orang BN/Umno ni, malah pihak ini ada menghulur /berbahagi bantuan dan RM /cekbank (maaf bukan rasuah ni) untuk masjid, madrasah, orang2 tua/miskin dan pengundi2 di Permatang Pauh. Baik bebenor mereka, murah hati sungguh dengan penduduk Permatang Pauh yang paling daif di bumi Malaysia waktu ini.Jangan lupa untuk seluruh rakyat Malaysia, harga minyak turun serta merta 15 sen tu tiada kaitan dengan PRK Permatang Pauh no! Tiada kaitan politik, saja baik hati PakLah hadiah sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 51 tahun. Janji nak turunkan pada 1 september 2008. Tak apa lagi cepat lagi baikkkk... terima kasih DS Kak Wan Azizah.Kini, hasilnya... terimalah keputusan /pilihan rakyat di kawasan tersebut dengan bebenornya setelah dua kali mereka mengundi dalam masa 5 bulan. Keputusan resmi PR Kecil P44 Permatang Pauh ialah:Parti Keadilan Rakyat (PKR) - DS Anwar IBrahim -31,195Barisan Nasional (BN) - Datuk Ariff Shah -15,524Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)- Hanafi Mamat -92 (Hilang RM taruhan).Undi Rosak -447Majoriti - 15,671(DS Wan Azizah 8 Mac 2008 -13,398)Kita bersyukur. Semoga fenomena ini akan mereformasikan keadaan yang ada ke arah yang lebih baik bagi iklim Malaysia. Negara bagus dan Tuhan Maha Pengampun...Insya Allah.Tahniah DS Anwar Ibrahim, anda sudah memiliki sebuah kerusi mewakili rakyat selaku YB di Dewan Parlimen dan merangkap Ketua Pembangkang nanti. Anda sudah berupaya melangkah dan menjengah pentadbiran di Putrajaya.Tsunami kedua menimpa BN/Umno dan Khairy Jamaluddin kena menyimpan cangkulnya untuk nanti mengorek kuburan sendiri di Rembau.

sumber dari 'http://jilfityan.bogspot.com

ALHAMDULILLAH...

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun."Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.

HANYA ADA 3 MENTERI PADA MASA ANGKAT SUMPAH TERSEBUT.SALAH SORANG Datuk Seri Nazri Abdul Aziz YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH BAGI PIHAK KERAJAAN.

ANWAR KINI RASMI KETUA PEMBANGKANG

Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
P
Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu.
Anwar, dengan sut lengkap baju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat.

sumber dari 'malaysiakini'

ANWAR IBRAHIM DI PARLIMEN

Pagi ini DS Anwar Ibrahim di jadualkan mengangkat sumpat sebagai Anggota Parlimen. Berita di STARSeterusnya beliau akan di lantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sebelum jadual ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Yeppppiiii !!!!Rakan dan teman teman yang di hubungi sedang menuju ke Parlimen untuk memberikan sokongan moral. Aku tak pasti keadaan jalan ke sana, tapi sudah pasti ramai yang hadir.Dijadualkan acara angkat sumpah akan disiarkan terus menerus di RTM yang bakal keudara dari jam 10.00 pagi. KLIK sini untuk siaran menerusi internet, kalau ada rezeki.

Ketua Umno dikritik isu 'Cina menumpang'

Kenyataan seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang menyifatkan kaum Cina sebagai "penumpang" mencetuskan kemarahan MCA dan DAP. Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Hang Chin Pheng bersama lebih kurang 50 penyokongnya berkumpul di ibu pejabat parti itu Wisma MCA di Jalan Ampang bagi mengutip tandatangan bantahan.Kenyataan Datuk Ahmad Ismail, ketua bahagian Bukit Bendera, hujung minggu lalu dilaporkan sewaktu mengkritik ketua menteri Lim Guan Eng berhubung Dasar Ekonomi Baru.Menurut risalah yang diedarkan oleh sekumpulan ahli MCA itu, Ahmad dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily sebagai mempertikaikan keupayaan kaum Cina mengagih-agihkan sumber kekayaan negara dengan saksama kepada semua kaum. Sehubungan itu, mereka menuntut Ahmad menarik balik kenyataan tersebut dan mendesak Umno mengambil tindakan disiplin terhadap ketua bahagian tersebut. Sementara DAP bahagian Tanjung, Pulau Pinang berkata ia "tidak dapat berkompromi dengan kenyataan berbau diskriminasi perkauman yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab".Timbalan pengerusinya Ng Wei Aik berkata DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan ketua bahagian Umno itu dan mendesaknya memohon maaf."Walaupun tema bagi perayaan kemerdekaan ke-51 adalah 'Perpaduan Teras Kejayaan,' namun kenyataan Ahmad sedemikian tidak dapat memupuk semangat perpaduan nasional, malah akan menjerumuskan hubungan perkauman yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan. "Kita sememangnya anak Malaysia yang dilahirkan, dibesarkan dan bersedia untuk korban di tanahair kita. "Taat setia setiap kaum di Malaysia terhadap negara kita tidak dapatlah dipertikaikan."

SIAPA BIADAP?? PR @ BN

Pemimpin Pakatan Rakyat sering ditohmah dan difitnah dengan pelbagai perkara jijik dan memualkan antaranya kaki liwat, gangster, tiada akhlaq dan sebagainya. Semasa saya bersama-sama sahabat merayu undi di Permatang Pauh 2 hari lepas perayu-perayu undi BN tanpa segan silu menunjukkan isyarat lucah, mengeluarkan kata-kata lucah seperti kaki juboq, kaki pungkoq dan sebagainya. Semua ini adalah 'tarbiah' dari pemimpin mereka yang sememangnya suka memfitnah.Ingatkah Tuan-Puan kepada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakub (Gambar) yang pernah menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS, PKR dan DAP semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang. Tanpa rasa segan pimpinan Umno/BN ini menunjukkan isyarat lucah ditengah-tengah khalayak ramai.Semalam seorang lagi pemimpin Umno/BN iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hassan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang sepatutnya tidak dihamburkan oleh seorang yang bergelar Menteri Besar. Mat Hasan yang jelas berang dengan tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang bertindak kelaur Dewan mengatakan 'pergi mampus' kepada pembangkang sambil diiringi sorakan Adun BN yang lain ketika menggulung perbahasan pada pukul 12.00 tengahari pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan, di Seremban semalam."Mereka ingat saya takut, 'pergi mampus' sama mereka, mereka tak ada pun kita boleh bersidang juga lagi senang kita buat kerja," kata beliau dengan nada marah. Inilah contoh 'terbaik' yang ditunjukkan oleh pemimpin BN kepada penyokong-penyokong mereka sehingga perangai penyokong-penyokong sukar di kawal dan kadang-kadang tidak masuk akal. Maka tidak hairanlah kalau penyokong-penyokong Umno/BN bertindak lebih teruk lagi dari pemimpin mereka kerana 'Ayah Kencing Berdiri Anak Kencing Berlari; Bapa Borek Anak Rintik.'
Sumber dari 'http://mutaligat.blogspot.com

SPR tak pandai metematik??

Salam para bloggers serta para pembaca..Malaysia bakal kecoh lagi.Kenapa? Anda kiralah sendiri pengiraan undi yang saya buat ini. Pengundi berdaftar permatang pauh =58,449 orang. (Senarai pemilih 2007dan suku tahunan pertama 2008)Jumlah yang keluar mengundi =65.25% bermakna 58,449 di darab 65.25% bersamaan 38,137 orang pengundi. dari 38,137 pengundi, Maka anda tolakkan undi rosak sebanyak 447 (38,137-447=37,690), Dan tolakkan lagi 92 undi untuk AKIM (37,690-92=37,598). Dato Seri Anwar Ibrahim memenangi pilhanraya kecil p44 permatang pauh dengan undi 31,195 manakala Arif Shah dengan undi sebanyak 15,524 undi. Cuba anda tolakkan jumlah pengundi yang mengundi pada 26-8-2008 dengan bilangan undi DSAI seramai 38,137-31,195 maka akan di temui jawapannya sebanyak 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah dan persoalan BESAR disini kenapa SPR menetapkan undi untuk calon BN sebanyak 15,524 undi? err.. baki cuma 6942.. mana datang lagi 8582 undi? Pihak berwajib khususnya SPR kena jawab persoalan ini. Anda tak percaya? KLIK sini. Anda kiralah sebebas-bebasnya!! sumber peratus keluar mengundi utusan malaysia online

sumber dari 'http://dzulhaqq.blogspot.com

SUMPAH MAKAN TUAN??

Sumpah laknat dalam isu liwat yang dimainkan oleh BN dengan rancak bagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat "senjata makan tuan", kata seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM). Mengulas keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh semalam yang dimenangi dengan majoriti besar oleh penasihat PKR itu, Dr Sivamurugan Pandian dilaporkan berkata isu sumpah ditolak pengundi kerana "masyarakat kampung sudah muak dengan cerita seperti itu".Isu itu mula dimainkan melalui media dan ceramah BN apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan secara mengejut berbuat demikian sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kerusi parlimen itu 16 Ogos lalu. Rakaman acara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan itu juga dilaporkan ditayangkan di bilik-bilik gerakan BN, selain ucapan-ucapan menyindir Anwar berhubung isu salah laku seks itu yang kini sudah dihadapkan di mahkamah.Selain faktor itu, lapor Bernama lagi, beberapa punca lain BN tewas lebih buruk semalam termasuklah kerjasama dalam pakatan BN, strategi media dan isu yang diketengahkan, serangan peribadi terhadap calon lawan serta faktor luaran yang menjejaskan rentak sokongan rakyat kepada gabungan 14 parti komponen itu.Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.Sementara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat hilang wang pertaruhan apabila memungut hanya 92 undi.Menurut agensi berita itu, Dr Sivamurugan berkata jentera BN dilihat lambat "bangkit" untuk menangani kempen dan serangan pembangkang khususnya daripada PKR.Tambahnya, perebutan jawatan pemimpin Umno di bahagian Permatang Pauh yang tidak pernah berkesudahan membuatkan penduduk di kawasan itu bosan kerana merasakan hak dan keinginan mereka diketepikan.Ahli akademik USM menyarankan pemimpin BN mendengar suara hati rakyat dan apa yang mereka mahukan, dan bukannya memaksa kehendak mereka terhadap orang ramai.

sumber dari 'malaysia kini'

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

asalamualaikum..

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi saya dapat jugak ruang yg bebas untuk saya memberi kan pendapat dan pandangan yang boleh kita same2 fikir-fikirkan...

salam reformasi...

TAHNIAH DSI