Wednesday, August 25, 2010

BILA MUAZZIN MULA MELAUNG

bila muazzin melaungkan suaranya
senja telah sampai
maghrib masuk]
matahari semakin malu
matahari semakin merah muka

lalu aku teringat kota karachi
laugan azan tingkah bertingkah
shia memulakan azan
sunni mengikut di belakang
atau sunni memulakan azan
shiah mengikut di belakang

sampai ke hari ini tidak lah aku peduli
apabila secangkir air serbat di hadap mata
apabila sepotong roti kering menunggu

ketawa pra sufi
saadi dan rumi akan tersenyum
melihat pertelingakan tidak berhenti

aduh !
jalan ke kota damshik
pelbagai lorong
jalan ke kota baghdad
pelbagai alor
semuanya siratul mustakim
semuanya sampai ke sana

bila muazzin meluangkan azan
jamah lah air sarbat itu
tanda kita masih bernafas
untuk merayakan kepelbagaian

Thursday, August 12, 2010

apa yang bermain dalam fikiran...

salam...

apakah yang kita rase sekiranyer diri kita tersepit dengan masalah.. dalam kehidupan kita ada berbagai2 masalah, dari kita kecik sampai lah kita besar panjang... bermacam macam masalah kita hadapi...tapi adakah kita menghadapi atau melarikan diri dengan masalah tersebut?? sekiranyer kita lari masalah itu akan datang dan nak atau tidak kita terpakse dan harus menghadapi masalah tersebut...

kadang2 aku terpikir kenapa masalah itu yang datang pada aku sedangkan masalah itu lah yang paling aku sering elakkan... aku kekadang tak tau nak buat apa, dengan siapa nak aku adukan masalah aku, siapa yang sudi tolong aku, dalam dunia ni, kawan senang di cari tapi sahabat yang sedia membantu amat jarang2 sekali.. klu ada pun tak begitu ramai kita jumpa... amat lah tidak adil jika kita salah kan kawan atau sahabat kita seandainye dia tidak dapat membantu kita sedangkan kita sendiri tidak ambil peduli tentang masalah dia, mungkin masalah dia lebih berat dan lebih memerlukan pertolongan...

aku rase aku terbeban dengan masalah yang biasa dan setiap umat manusia terbeban dengan masalah ini, cume cara setiap umat manusia menghadapi dan menyelesaikan masalah ini... ntah lah...kadang2 aku mengeluh dan kekdang terpikir dgn takdir Allah, aku seharusnyer tidak boleh dan tidak layak untuk mengpertikaikan takdir yang tertulis buat diri ku, tapi apakan daya aku manusia yg sering membuat kesilapan...

hari ini 12hb sedangkan masalah yang akan aku hadapi mungkin berlanjutan sehingga tahun hadapan.... sehingga hujung nyawa aku kira..... aku berdoa dan berserah kepada yang maha Esa agar memudahkan aku menyelesaikan masalah tersebut... berilah kekuatan dalam diri ini dalam menghadapi ujian mu ya Allah... mungkin aku bukan lah Nabi Ibrahim a.s atau Nabi Musa a.s kerana ujian yang kau berikan hanyalah ujian yang kecil berbanding nabi-nabi mu ya Allah.....

ya Allah... ampunkan diri ini, permudahkan kehidupan ku, bukakan lah pintu hatiku.. berikan rezeki mu dan kuatkan rasa cintaku padamu ya Allah.... amin...

bunga melati....

Thursday, November 5, 2009

Perpisahan....

salam.....

dalam lumrah kehidupan kita akan sentiasa ada 'pertemuan dan perpisahan'.. Allah s.w.t juga menjanjikan seperti itu.... ada kehidupan dan kematian.... itu janji Allah s.w.t. setiap yang hidup pasti akan mati... ia samelah dengan istilah pertemuan dan perpisahan...

setiap yg hilang pasti akan berganti... cume persoalan nyer apakah yang datang itu same seperti yang hilang? yang pasti pertemuan dan perpisahan membawa belaian perasaaan yang berbeza-beza... terpulang dengan apa yang ada dalam kotak pemikiran kita...cara kita mengolah perasaan kita dalam menghadapi situasi atau keadaan begitu...

ada yang menganggap perpisahan itu adalah kesedihan... sedang kan kita tahu dengan perpisahan itulah jalan yang terbaik dalam menuju cita-cita dan kehidupan kita...
jadi apakah kita berasa sedih atas keputusan kita untuk berpisah sedangkan dengan perpisahan itu menjanjikan kehidupan lebih bahagia dan bermakna......

jangan lah kita sulami perpisahan itu dengan kesedihan, tapi anggap lah perpisahan itu sesuatu yang istimewa kerana perpisahan itu bakal menjadikan kita lebih matang dalam menempuh alam kehidupan.....

salam.....

bunga melati...

Monday, November 2, 2009

DIA....

Dia
Menghimpit dengan mesra
Dan kerananya
Aku hilang
Darah dan menjerut ingatan
Dan mencari kenangan

Jika tahu tenggelam
Tak ku layar bahtera
Di ombak ganas
Menghempas
Perlayaran ku terkandas
Dan mencari kenangan

Yang ku sambut
Dosa yang hilang
Lalu sepi terasa
Di bawa ketenangan
Di bawa kesepian

Bila larut menjelma
Hampir siang mataku terjaga
Yg pulang hanya diri
Kehadiran ku menyepi

Intan
Usah diharap perutusannya
Ada masa menjunam
Ada masa melayang
Di awan nan biru

Kenapa BAITULMAQDIS menjadi rebutan?


BAITULMAQDIS menjadi rebutan sejak zaman-berzaman kerana ia merupakan kota suci umat Islam, orang Yahudi dan penganut Kristian. Baitumakdis dan kawasan sekitarnya menempatkan makam para nabi, termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dan Nabi Musa.

Orang Yahudi mengaitkan BAITULMAQDIS dengan zaman keagungan Bani Israel semasa pemerintahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka percaya Haram As-Syarif (Temple Mount), yang di atasnya dibina Qubbah As-Shakhra, sebagai tempat Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Nabi Ishak. Mereka percaya di bawah Haram As-Syarif terdapat bekas tapak Haykal Sulaiman (Solomon's Temple) dan Tembok Ratapan (Wailing Wall) sebagai sisa runtuhan Haykal Sulaiman itu. Penggalian yang dilakukan Israel sejak akhir-akhir ini bertujuan mencari tapak bangunan purba itu. Mereka bercita-cita hendak membangun haykal ketiga dan memulihkan semula keagungan Yahudi seperti pada zaman Nabi Sulaiman.

Orang Kristian menganggap BAITULMAQDIS kota suci kerana di sini terdapat makam Siti Maryam, dan tempat lahirnya Nabi Isa as (Jesus). Mereka percaya pembinaan Haykal ketiga oleh orang Yahudi akan mempercepat kemunculan semula Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal (Anti-Christ) di akhir zaman.

Bagi umat Islam, Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw menukar kiblat ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, selepas berhijrah ke Madinah. BAITULMAQDIS juga dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad saw. Di Masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad saw diriwayatkan telah menunaikan solat bersama para nabi lain pada malam penuh barakah itu, dengan beliau menjadi imam. Qubbah As-Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak memulakan mikraj dengan menunggang Buraq.

Penduduk Palestin menamakan Tembok Ratapan sebagai Al-Buraq. Mereka percaya di situlah Nabi Muhammad menambatkan kenderaan Buraq. Tempat ini kini dibina masjid yang dipanggil Masjid Buraq. Penduduk Palestin percaya pada akhir zaman Imam Mahdi akan turun dekat Gerbang Mahdi (Gate of Mahdi) di BAITULMAQDIS. Beliau dan Nabi Isa akan memerangi Dajjal sehingga umat Islam mencapai kemenangan.

Perebutan BAITULMAQDIS oleh orang Krsitian dan umat Islam mencetus sembilan Perang Salib yang berterusan selama beberapa ratus tahun. Kini BAITULMAQDIS menjadi rebutan antara Israel dan Palestin. Mereka berkeras mahu menjadikan BAITULMAQDIS ibu negara masing-masing.

salam...

bunga melati....

Friday, October 30, 2009

yang mana satu



'dilema'... selalu terjadi bila kita terpaksa memilih satu keadaan atau satu keputusan...kita sendiri tidak mengetahui apakah akibat daripada keputusan kita... mungkin baik mungkin sebalik nyer... hanya yg merancang tahu segala galanyer.. sebagai manusia kita memilih apa yg terbaik buat diri kita.. ye lah tak kan nak ambil keputusan yg bakal membebankan kita... semua mahu yg terbaik... tapi adakah keputusan kita yg terbaik??? tepuk dada tya iman.. itulah jalan selamat...

apa2 pun keputusan kita ada baik buruk nyer... jadi keyakinan dalam diri amat penting untuk kita membuat keputusan... kaji selidik juga harus kita ambil kira dalam membuat keputusan... jadi jgn lah kita ragui apa pun keputusan yang kita ambil kerana tiada siapa pun dalam alam semesta ini ingin mengambil risiko di atas keputusan itu...

hatta sampai disini....

salam.....

bunga melati...

Tuesday, October 27, 2009

marah nyer lah.....

salam....

tadi aku terbaca satu post dalam satu forum... keluh kesah kakitangan swasta yg membandingkan faedah dan keistimewaan menjadi kakitangan awam... mmm...apa yg aku baca ada btol nyer.. bila difikir fikir kan mmg banyak keistimewaan jika kita bekerja dalam sektor awam... walaupun semua tahu bahawa gaji kakitangan awam ni kecil sedikit klu nak banding kan dgn kakitangan swasta ni... tapi untuk makluman semua tu waktu dahulu...waktu berlaku nyer peristiwa 13 mei, trajedi berdarah memali....sekarang ni gaji penjawat-penjawat awam bertambah ok dah agak mewah lah jugak... kire berbaloi2 lah jugak....

jadi aku rase sangat bersyukur jadi salah sorg yg akan menerima pencen kelak (klu panjang umur) hehehehehe.... jadi untuk pekerja swasta jgn lah merase kecewa atau di anak tirikan... sebab kami pun bayar cukai jugak...jadi same je kita... yg paling terkilan kami penjawat awam ni jarang sgt dapat bonus tapi klu dapat pun bkn di panggil bonus diganti dgnm istilah 'pemberian'.....

alahai pak najib mcm lah kami ni semua minta sedekah kat kerajaan..... tu lah nasib kami... terima jelah...

hahahahaha....

salam...

bunga melati....