Wednesday, August 25, 2010

BILA MUAZZIN MULA MELAUNG

bila muazzin melaungkan suaranya
senja telah sampai
maghrib masuk]
matahari semakin malu
matahari semakin merah muka

lalu aku teringat kota karachi
laugan azan tingkah bertingkah
shia memulakan azan
sunni mengikut di belakang
atau sunni memulakan azan
shiah mengikut di belakang

sampai ke hari ini tidak lah aku peduli
apabila secangkir air serbat di hadap mata
apabila sepotong roti kering menunggu

ketawa pra sufi
saadi dan rumi akan tersenyum
melihat pertelingakan tidak berhenti

aduh !
jalan ke kota damshik
pelbagai lorong
jalan ke kota baghdad
pelbagai alor
semuanya siratul mustakim
semuanya sampai ke sana

bila muazzin meluangkan azan
jamah lah air sarbat itu
tanda kita masih bernafas
untuk merayakan kepelbagaian

No comments: