Tuesday, September 9, 2008

Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

sumber dari 'malaysiakini'

Wednesday, September 3, 2008

budaya gengster UMNO!! pengerusi JKkp bukit merah mati di tembak

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Talib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah dekat di sini hari ini.Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya.Kejadian berlaku ketika mangsa menghantar dua anak perempuannya dan seorang anak jiran ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Semanggol yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya pada pukul 7.20 pagi.Mangsa, yang bekerja sebagai sub-kontraktor ditembak sebaik sahaja anak- anaknya keluar dari kereta.

Ramlang bimbang kembali bertugas

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok."Ramlang sedang menimbang untuk memohon cuti tambahan kerana bimbangkan keselamatan dirinya," tambahnya.Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut.Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu.Sedia beri kerjasamaRamlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar.Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR pada 26 Jun.Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak.Ulas kenyataan Zahid"Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya.Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata:"Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan".Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik.Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini."Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya.

sumber dari 'malaysiakini.com'

Tuesday, September 2, 2008

Anwar janji bajet lebih baik

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengemukakan bajet baru jika Pakatan Rakyat pimpinannya menubuhkan kerajaan baru.Katanya, tema utama bajetnya ialah untuk mengurangkan defisit dan cukai serta melaksanakan sistem tender terbuka.Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya hari ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan, membentangkan bajet 2008 Jumaat lalu dan mendapatkan reaksi yang berbeza.Parti-parti pembangkang bagaimanapun menyuarakan kekecewaan mereka kerana Abdullah gagal menyediakan insentif baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.Mereka juga bimbang dengan peningkatan kadar defisit dalam bajet tersebut.Sebelum ini Anwar, yang juga bekas menteri kewangan, telah berkata beliau akan dapat menubuhkan kerajaan baru pada 16 September depan.

Sumber dari 'malaysiakini.com'

'KATAK' YG BERMARUAH

Semasa pengumuman PRU12 oleh SPR dulu hati kecil aku terasa gelisah kerana ada beberapa mamat yang aku kenal kerjanya lain tak ada nak bagi BN menang. Terbayang negeri Kelantan bakal ruyub dek perancangan yang sangat rapi siang dan malam oleh BN melalui pencacainya si mamat di SPR. Bolehlah kata tak tidur malam. TS RaSHIT tu boneka aje kerja sebenar sampai nak mampus ialah si mamat tu, pastu si Rashit kena kutuk, sapa suruh jadi pencacai baru padan muka kau diseranah manusia banyak. Bertaubat lah sebelum terlambat.Bila keputusan awal keluar di kawasan yang gajah pun takut nak lalu saluran 2 dan 3 PR menang dan setengah tempat saluran 1 pun menang, disitu aku beranggapan melalui pengalaman yang lalu jika pola pengundian ini berkekalan maka akan ada satu gelombang tsunami akan melanda malaysia.
Pada mulanya aku beranggapan mengikut hukum manusia memang PR tiada harapan kerana segala ruangan telah tertutup. Rupanya bila manusia merancang secanggih mana sekalipun mana mungkin ia mampu melawan perancangan Allah SWT, walaupun mengikut logik akal macam tidak. Mana tidaknya PR berhadapan dengan segala instrumen BN yang licik lagi canggih dengan disertai limpahan kewangan dan projek-projek PRU dan bermacam-macam dengan sokongan media arus perdana yang siang malam menghambur berbagai fitnah dan provokasi melampau.Melalui kemenangan yang PR perolehi aku terus meng 'SMS' ke DDHA agar dipanjangkan matlamat PR wajib memerintah malaysia kepada DSAI untuk mengusahakan agar mana-mana MP BN ke bebas dapat di 'swing' kan untuk memenuhi syarat pembentukan kerajaan. Aku beranggapan jika peluang tidak diambil oleh DSAI maka keadaan dimana DSAI mampu mengalahkan TM masa pemilihan UMNO dahulu akan berulang. Bukan takut pisang berbuah dua kali tapi pokok pisang dah mati mana nak berbuah.Pada pendapat aku bab lompat melompat tak salah malah bermaruah jika sekiranya ia sebagai jalan untuk mengembalikan hak rakyat dari dipimpin oleh manusia lemah yang tahu mentekedarah mahsul negara untuk kepentingan kroni bukan untuk rakyat. Lagi pun kemenangan BN di PRU 12 kebanyakan kemenangan yang tidak bersih dan kotor penuh dengan penipuan yang terancang. Jadi jika ada mana-mana MP nak menyertai PR setelah sedar yang harapan Rakyat banyak terletak dibahu mereka maka ini lah jalan untuk mengembalikan maruah kamu yang telah tercemar dek perancangan gila 'dia orang'.Biarlah apa anggapan si tidur dan si dahi licin seperti kata merampas mandat rakyat lah, tidak bermaruah ke biarlah dia dengan labu-labunya kerana selama ini mandat yang diberi tidak dijaga dengan baik, rakyat jadi susah , inflasi meningkat barang naik, minyak naik, maruah apa , rakyat di suruh berjimat sedangkan kalau dia anak beranak ber'shoping' macam nak bawak balik Shoping complex ke rumah, dah la gitu kat 'over sea' pulak tu itu yang aku angin satu badan. Aku ingat set pakaian yang dia pakai gaji aku 3 bulan pun belum tandingan lagi.Maka bila PR sedang mengusahakan usaha murni ini aku anggap saranan aku telah di ambil perhatian walaupun kebetulan, kerana pada aku jika kita sentiasa mencari redo ALLAH SWT dalam keadaan apa sekalipun tindakan kita akan ada kesamaan dan saling lengkap-melengkapi. Justru kerana itu panjatkan doa mohon pertolongan dari NYA kerana setiap kebaikan telah ada beribu jalan yang terbaik ALLAH SWT sediakan untuk kita pilih, yang penting kena yakin pada NYA Insyaalah..Perjalanan ke PUTERAJAYA BERJAYA.."PR fOR ALL" pinjaman dari 'PAS FOR ALL' sesuai gitu WASALLAM.
Sumbe dari 'proreformasi.blogspot.com'

ANWAR SEMAKIN SIBUK MENJELANG 16 RAMADAN

Bermula 30 Ogos sehingga esok Anwar semakin sibuk dalam usaha beliau merealisasikan cita-cita beliau membentuk kerajaan baru.30 Ogos - Beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.2 September - Anwar dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching.Begitulah sibuknya Anwar ke sana ke mari demi untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman kerajaan BN yang zalim, angkuh dan jijik dipenuhi dengan rasuah. Kita mendoakan usaha murni Anwar ini akan dimakbulkan Allah sempena hari baik dan bulan baik ini.Dalam kesibukan Anwar bertemu dan mengatur stategi beliau untuk menubuhkan kerajaan baru, nun sana terdapat begitu ramai insan yang dengki dan hasad kepada beliau yang mungkin sedang merangka pelbagai perancangan dan konspirasi untuk menggagalkan hasrat beliau. Malah mereka ini sanggup menjalankan konspirasi yang jahat dan melampau yang kadang-kadang tidak masuk akal.Namun Anwar tetap komited meneruskan perjuangan beliau untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu semalam, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan."Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja."Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini."Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.
sumber dari 'proreformasi.blogspot'